Monday, December 31, 2012

Tahun Baru... Kucing Baru...^_^

Assalamualaikum...

Tahun 2013 telah menyingkap tirainya. Ada buat azam baru ke? Moga apa yang di azamkan tahun 2012 telah tercapai. Buat diri mama pula..tiada azam yang perlu di buat melainkan terus memperbaiki diri untuk lebih cemerlang sebagai muslimah.
Mama percaya, setiap tahun pasti akan meninggalkan kenangan, sama ada manis atau pahit. Yang manis sangat indah untuk di kenang, yang pahit usah di buang, jadikan yang pahit sebagai pengajaran.
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan mama pasti tahu bahawa di hujung-hujung tahun 2012, mama telah kehilangan kucing kesayangan mama sekeluarga "si jiro" sedihnya masih terasa dan bayangan jiro masih bermain di mata. Pada awal pagi selepas solat subuh 31/12/2012, mama telah meminta en suami untuk mencari seekor anak kucing di pasar borong. Kat pasar borong ni ada banyak kucing yang telah dibuang. Semua jenis kucing ada, kucing kampung, kucing siam, kucing parsi malah kucing american short hair pun ada. Tapi kene la mencari..pasar borong tu bukannya kecik..huhuhuu..semua anak-anak mama turut serta dalam pencarian "buah hati" keluarga ni. Seawal jam 7 pagi kami memulakan pencarian. Setelah penat berjalan selama hampir satu jam, kami mula penat, lagi pun en abang nak keje kejap lagi. Hmmm..tetiba mata mama tertumpu pada sekelompok kucing dalam kawasan pencawang elektrik. Ya Allah...cantiknyer...dalam kolompok tu ada ibu kucing dan 3 ekor anak kucing yang dalam umur 2-3 bulan. Ibu kucing tu macam kucing biasa je, tapi anak-anaknya seperti kacukan, berbulu agak tebal seperti kucing siam dan bercorak seperti kucing american short hair. Dari pemerhatian mama anak-anak kucing tu telah putus susu dengan ibunya, sebab anak-anak kucing tu semua sedang berebut makan ikan. Puas mama cuba memanggil kucing- kucing tu tapi tak datang, mama tak bawak umpan..hmm..macam mana ni? Tak lama lepas tu en suami pun datang bawa sedikit ikan untuk dijadikan umpan, yessss...setelah puas mengumpan akhirnya kami dapat menangkap anak kucing tu, tapi sebagai upah tangan en suami telah digigit hinggakan en suami terpaksa mendapatkan suntikan di klinik. Kesian pulak kat en suami tu. walaupun begitu, en suami sangat gembira sebab kucing yang kami tangkap tu sangat cantik..kalo nak beli mau harganya mencecah ratusan malah ribuan ringgit pun ada.
Kat sini ada mama letakkan gambar kucing tu, tapi tak nampak coraknya tu sebab kucing ni masih takut-takut lagi dengan kami. Namun pencarian untuk mencari sekor lagi kucing akan diteruskan pagi esok...harapnya dapat adik beradik kucing yang mama tangkap tadi tu..hihihiii



Sunday, December 30, 2012

Jiro Dalam kenangan.. :(

Assalamualaikum...

Semalam kami ditimpa kesedihan yang membuatkan kami sekeluarga berduka..lebih-lebih lagi anak dara mama yang besar tu, menangis teresak-esak. Semua ini disebabkan kucing kesayangan kami telah mati...huhuuu
Jiro seekor kucing yang sangat aktif, manja dan kuat makan. Sebenarnya mama ada bela banyak kucing sebelum ni. 4 bulan lepas.. ibu jiro iaitu julie masih tinggal dengan kami bersama anak-anaknya iaitu sweety, twinkle, jiro dan jemok. Lepas tu en abang telah memberikan julie kepada "kawannye" sweety dan twinkle, juga diberikan kepada kawan kami yang lain. Tinggallah jiro dan jemok. Jemok ni mempunyai bulu yang agak kembang sebab ibunya si julie tu kucing kacukan parsi dan siam. Jadi lawa ler..tapi seminggu yang lepas jemok telah di kidnap, sejak hari tu jiro tak lalu nak makan, dari kucing yang sangat aktif, menjadi kucing yang pendiam.
Semasa mama dan fmly mengemas halaman rumah petang semalam, jiran kami menjerit "ada kucing dalam kolam.."
Mama pun menyuruh anak bujang mama pegi tengok, sekali tengok jiro dah terbaring dalam kolam tu. Bila di angkat, jiro dah lembik..dah tak kuat nak jalan.
Mama juga turut bersedih bila tengok jiro terbaring tak berdaya. Tak sampai hati melihat jiro derita, dan sebelah malamnya jiro telah pergi...huwaaaa...walaupun jiro hanya seekor kucing, tapi jiro sebahagian dari kami sekeluarga..

Nasi Ayam Mama

Assalamulaikum...

Dah masak ke? Aduhh..pening kepala mama bila nak masak. Dah tak tahu nak masak apa, takde idea. Ermm..hari minggu macam ni, mama lebih suka masak yang simple je, lebih masa untuk rehat ye tak? Hihihi..
En abang balik dari mydin beli ayam, daging, sotong serta sedikit sayur sayuran. Mama pun terpikir nk buat nasi ayam. Anak-anak mama memang suka nasi ayam yang mama buat. Cara penyediaan nasi ayam yang mama buat ni, simple je tapi macam biasa lar, harusss la sedappp...kikikii..
Puas juga mama mecipta resepi nasi ayam ni..(hihi..cipta la sangat kann..) dan akhirnya mama pergi la berguru dengan jiran mama yang memang berniaga nasi ayam. Dia cuma ajar yang asas je lar, maklum ler dia kan meniaga. Ayam black paper ker..ayam madu ker..tu semua mama tak belajar. Bak kata mama tadi, mama belajar yang asas je, tp resepi ni mama dah tambah- tambah untuk rasa yang lagi sedap.
Ok takmo citer panjang-panjang, bahan- bahan semua dah ada..jadi, meh le kita ke dapur..^_^

Nasi Ayam Mama

Bahan:
6 cawan beras
1 ekor ayam - dicuci bersih dan di belah 4
1 inci halia -diracik halus
4 biji bawang merah - diracik halus
4 biji bawang putih - diracik halus
Sedikit rempah tumis
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
3 sudu besar gula
2 sudu besar madu
2 kiub ayam (mama guna jenama knorr)
10 biji cili merah
2 sudu besar sos cili
2 biji tomato dihiris
1 biji timun dihiris
Daun salad secukupnya

Cara:
- panaskan minyak dan tumis rempah tumis serta bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan ayam yang telah di belah 4 tadi serta air sehingga menutupi ayam tadi.
- masukkan sedikit garam dan kiub ayam, biar ayam tadi separuh masak, keluarkan ayam dan masuk dalam mangkuk yang besar. Sup tadi kita guna untuk memasak nasi dan lebihannya untuk sup nasi ayam kita.
- masukkan sos tiram, gula, madu dan kicap manis ke dalam mangkuk yang berisi ayam tadi, gaul sebati dan perap sebentar.
- sementara itu beras di cuci bersih, masukkan sup ayam tadi dan masak seperti masak nasi biasa.
- untuk buat sos cili nasi ayam kita, cili merah tadi di buang biji dan belender bersama sebiji bawang putih dan 1 cawan air sehingga halus. Masak secara rebus cili yang di kisar tadi, tambahkan sos cili dan gula, sesuaikan dengan rasa, matikan api, kalo agak-agak kurang rasa boleh tambah sos cili dan gula, ikut tekak masing-masing yer..kikikii
- untuk ayam pula, panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng ayam . Goreng ayam tadi tapi jangan terlalu lama sebab ayam tadi kita dah rebus, goreng hingga warnanya gelap sikit dan terus angkat.
- lebihan perapan ayam tadi jangan di buang, tambah sedikit sup ayam, gula, sos tiram dan kicap manis, masak secara rebus hingga mendidih, sesuaikan rasa dan angkat. Sos ni boleh di buat sos kicap untuk nasi ayam kita.
- ayam yang di goreng tadi kita potong menggunakan pisau parang, dan ketepikan.
- ambil secawan nasi letak dalam pinggan, tambah seketul ayam, beberapa hirisan timun, tomato serta sedikit salad.tuang sedikit sos cili yang kita buat tadi dan sedikit sos kicap, sedia dinikmati.. ^_^

Saturday, December 29, 2012

Cucur Roti

Assalamulaikum..
Pagi ni cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Malas pulak nak bangun awal. En abang dan anak-anak masih seronok melayan mata, lepas solat subuh tadi semua dok tido semula. Mama pulak dah tak boleh nak lelap, terus ke dapur tengok apa benda yang nak di godeh untuk sarapan hari ni.
Lepas siap memgemas, mama nampak sebungkus roti yang tak berusik lagi. Mama pun terus capai roti tu untuk di buat cucur roti. Bahan semua ada, apa lagi menggodak cucur le kita..hihii. Sebenarnya resepi cucur roti ni mama intai-intai kat internet, tapi mama ada buat perubahan sikit-sikit, maklum ler kadang-kadang mama kekurangan bahan. Walau pun begitu, hasilnya tetap sedappp :)
Sambil-sambil tu mata mama menjeling ke luar tingkap, lapang rasa hati bila tengok laman dah berkemas. Semalam mama satu fmly memgemas laman, menetak, menyapu rumput dan trim pokok-pokok yang dah tak lawa tu. Maklum le..kalo nak mengemas laman ni memang kene tunggu en abang cuti, baru seronok bergotong royong, aktiviti yang sihat.
Mari kita tengok resepi cucur roti ni ye.. ^_^

Cucur Roti

Bahan:
10 keping roti
Sedikit udang (mama guna udang kering yang di tumbuk halus)
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar serbuk kari
1 biji lada merah dicincang halus
1 biji lada hijau di cincang halus
4 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara:
- roti direndam biar kembang sedikit, bila dah kembang, toskan airnya dan ramas-ramas biar roti hancur.
- masukkan bawang, lada hijau, lada merah, udang, serbuk kari, tepung dan sedikit garam ke dalam bekas yang berisi roti tadi, gaul hingga sebati.
- panaskan minyak dan goreng adunan tadi seperti goreng cucur yang biasa kita buat. Goreng hingga keemasan dan angkat. Sedia di hidang bersama sos cili thai dan sos cili biasa.. ^_^





Pulut Durian

Assalamualaikum...

Musim durian yang lepas memang meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan peminat durian. Mana taknya, dengan sekelip mata je, durian crepe menjadi popular..mama pun tak lepaskan peluang untuk menikmati durian crepe ni. Memang sedap dan sungguh tergoda you..
Walaupun begitu mama belum berpeluang untuk membuatnya. Mama nak tunggu adik bongsu mama yang sedang belajar di USM pulang bercuti dulu, kesian pulak kat dia..huhuhuu
Di rumah mama ni semuanya "hantu durian" anak-anak mama, encik abang mama, mama sendiri pun teramat suka dengan durian ni..hihihii. Sebakul durian pun kalau di hadapkan kat depan mata..sekejapan je lenyap dari pandangan..heheee..begitu hebat..kikikii
Kali ni mama nak kongsi resepi pulut durian..resepi yang simple dan tentunya sedappp..

Pulut Durian

Bhn:
3 cawan pulut (nak lebih pun boleh)
3 cawan air
Sedikit garam
2 helai daun pandan
1 kotak santan (kalau guna santan fresh lagi sedap)
Beberapa ulas durian

Cara:
- pulut di basuh bersih dan direndam sekurang kurangnya 2 jam.
- masukkan pulut dalam loyang dan gaul bersama sedikit garam dan letak air ngam-ngam dengan beras pulut tadi.
- kukus pulut sehingga masak, jika pulut tadi agak keras boleh di tambah sedikit air dan kukus semula sehingga masak.
- santan di masak bersama daun pandan dan sedikit garam, masak di atas api sederhana besar dan masak sehingga mendidih, sejukkan (semasa memasak santan, jangan berhenti dari mengacau santan tadi, kalo tak nanti pecah santan)
- ambil sedikit pulut yang telah masak, masuk ke dalam pinggan, tuangkan kuah santan, letak seulas durian dan boleh dinikmati. Enak di makan sejuk..ermm..nyum nyum.. ^_^

Friday, December 28, 2012

Donat Gebu Dan Lembut

Assalamulaikum..

Penghujung tahun 2012 semakin hampir, 2013 bakal menjelang kurang beberapa hari je lagi. Ini bermakna musim persekolahan bakal bermula.
Persiapan sekolah anak-anak mama semua sudah beres, dari peralatan tulis, buku teks, buku tulis hingga ke baju seragam, semua sudah mama siapkan. Malas nak berasak-asak membuat persiapan last minute, mama cuba siapkan semua persiapan seawal yang boleh.
Bila sekolah mula di buka, maka tugas rutin mama pun bermula semula..huhuhuuu. Seawal jam 5 pagi, mama sudah memulakan tugas harian hingga ke lewat petang. Bila anak-anak dah sekolah, maka tinggallah mama dengan si comel mama yang baru berusia 1 tahun 10 bulan. Melayan keletahnya yang sudah mula pandai berbual..comel je bila dia bercakap, siap dengan mimik muka..hihii..hadiah terindah dari Yang Maha Esa..
Cerita tentang resepi mama hari ni, ini adalah resepi warisan dari mak mama sendiri, rasanya ada juga orang lain buat donat dengan menggunakan resepi yang seakan-akan mama punya resepi, cuma mama punya resepi lebih simple dan mudah..cehhh..perasannya..ehehehee
Tak caya? Cuba la dulu baru tau...
Ok..dah panjang mama membebel ni, mari kita tengok resepi donat gebu dari mama ^_^

Donat Gebu Dan Lembut

Bahan:
1 kilo tepung gandum
1 paket yis mauripan
2 biji ubi kentang bersaiz sederhana
4 sudu besar marjerin
6 sudu besar gula pasir
Gula kastor secukupnya
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara:
- kentang dibuang kulit, di potong kecik-kecil dan direbus hingga empuk dan dileyek- ketepikan
- campurkan garam, gula dan kacau dengan sedikit air panas
- masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang agak besar
- larutkan yis mauripan dengan sedikit air dan campurkan ke dalam tepung tadi.
- gaul tepung tadi hingga sebati dengan yis, masukkan air garam dan gula, gaul lagi
- masukkan kentang yang telah dileyek dan marjerin tadi, campurkan dengan sedikit air supaya tepung tadi menjadi doh yang lembut. Air jangan terlalu banyak, cukup sehingga tepung tidak melekat di tangan (jangan terlebih atau terkurang air, agak-agak lembut, cukup)
- perap doh sekurang kurangnya 1 jam sehingga doh naik 2 kali ganda
- setelah itu, uli doh untuk buang angin dan bolehlah mula membentuk donat dengan menggunakan acuan donat (nak buat bola-bola kecil pun boleh juga, lepas masak cucuk dengan lidi)
- biar donat tadi naik sedikit dan bolehlah mula menggoreng hingga keemasan
- sejukkan terlebih dahulu sebelum diselaputi dengan gula kastor
- sedia di hidang untuk sarapan pagi atau minum petang.














Thursday, December 27, 2012

Puding roti bersos kastard

Assalamualaikum...

Dah agak lama juga mama tak buat puding roti. Walaupun cuti sekolah dah hampir ke penghujung, rasanya belum pernah sekali mama buat puding roti ni. Jadi petang ni mama nak buat puding roti lah..hihii
Hmmm..tengah hari tadi mama masak simple je, maklum ler, sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak. Mana nak menyampul buku, jahit tanda nama, membasuh dan menggosok baju sekolah anak-anak. Apa-apa pun semua tu dah selesai, dah bergosok pun semua baju sekolah, tunggu nak pakai je.
amboi..panjangnya mama bebel...hihihii meh kita tengok resepi puding roti ni. Sebenarnya resepi ni mama sekodeng kat internet, mama lupa kat blog sape, dan sape empuan punya resepi ni, maaf la sangat-sangat, mama minta izin share resepi kat sini yer. Resepi ni memang sedap..mabelessss gitu...(^^)

PUDING ROTI

Bahan:
10 keping roti
3 sudu butter (mama guna planta)
650ml susu cair
3 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu besar kismis
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
- sapu butter/planta pada sebelah bahagian roti dan potong roti bentuk segitiga
- susun roti ke dalam loyang yang sesuai sehingga menutupi bahagian bawah loyang tadi, tabur kismis, tutup semula dengan roti dan akhir sekali taburkan kismis di bahagian atas roti- ketepikan
- telur, gula dan susu di pukul hingga sebati dan curahkan ke atas roti tadi. Biarkan roti kembang sekejap
- bakar roti tadi ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 40 minit dengan suhu 180c

Bahan sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
- campurkan bahan tadi ke dalam periuk, masak dengan api yang sederhana sehingga hampir pekat, tutup api.
Boleh di hidang bersama puding roti tadi
^_^


Wednesday, December 26, 2012

Duniaku yang indah (^^)

Assalamulaikum...

Buat pertama kalinya mama mengorak langkah dalam alam blogger ni..huhuu..
itu pun setelah berkali kali anak dara mama Nurul Fatihah memujuk mama. Bukan mama tak mo buat blog, cuma mama kesuntukan masa untuk mengupdate di sini. Walau apa pun mama akan cuba untuk meluangkan masa menulis sesuatu yang bermanfaat, in shaa Allah..
Di sini mama akan kongsikan resepi-resepi yang telah mama cuba buat dan hasilnya juga sedapp..hihii (ikut kata tester-tester yg bertauliah  ler..kui kui kui..) walaupun hasil gambar yang tak berapa nk lawo..maklum ler, mama guna phone dan kamera biasa jer.
Selain daripada resepi, mama juga akan cuba kongsikan apa-apa je yang menarik yang berlaku dalam kehidupan mama yang  dilalui bersama insan-insan terlover di sisi mama ^_^
Rasanya cukup sampai di sini nanti mama sambung cerita lagi dengan cerita dan resepi-resepi yang sedap..ofkozzz..hihihhiiii..salam..