Saturday, December 29, 2012

Cucur Roti

Assalamulaikum..
Pagi ni cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Malas pulak nak bangun awal. En abang dan anak-anak masih seronok melayan mata, lepas solat subuh tadi semua dok tido semula. Mama pulak dah tak boleh nak lelap, terus ke dapur tengok apa benda yang nak di godeh untuk sarapan hari ni.
Lepas siap memgemas, mama nampak sebungkus roti yang tak berusik lagi. Mama pun terus capai roti tu untuk di buat cucur roti. Bahan semua ada, apa lagi menggodak cucur le kita..hihii. Sebenarnya resepi cucur roti ni mama intai-intai kat internet, tapi mama ada buat perubahan sikit-sikit, maklum ler kadang-kadang mama kekurangan bahan. Walau pun begitu, hasilnya tetap sedappp :)
Sambil-sambil tu mata mama menjeling ke luar tingkap, lapang rasa hati bila tengok laman dah berkemas. Semalam mama satu fmly memgemas laman, menetak, menyapu rumput dan trim pokok-pokok yang dah tak lawa tu. Maklum le..kalo nak mengemas laman ni memang kene tunggu en abang cuti, baru seronok bergotong royong, aktiviti yang sihat.
Mari kita tengok resepi cucur roti ni ye.. ^_^

Cucur Roti

Bahan:
10 keping roti
Sedikit udang (mama guna udang kering yang di tumbuk halus)
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar serbuk kari
1 biji lada merah dicincang halus
1 biji lada hijau di cincang halus
4 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara:
- roti direndam biar kembang sedikit, bila dah kembang, toskan airnya dan ramas-ramas biar roti hancur.
- masukkan bawang, lada hijau, lada merah, udang, serbuk kari, tepung dan sedikit garam ke dalam bekas yang berisi roti tadi, gaul hingga sebati.
- panaskan minyak dan goreng adunan tadi seperti goreng cucur yang biasa kita buat. Goreng hingga keemasan dan angkat. Sedia di hidang bersama sos cili thai dan sos cili biasa.. ^_^





No comments:

Post a Comment