Assalamulaikum....
Lama tak bersiaran..hihii..rasanya minggu ni mama terlalu sibuk, di tambah dengan kepenatan dalam rutin harian.
Walau pun begitu, mama ada mencuba resepi- resepi baru, cuma masa mama agak penuh. Jadi hari ni..mama cuba meluangkan masa untuk berkongsi satu lagi resepi cupcake.
Nama cupcake ni hokkaido chifon cupcakes. Di dalam fb sudah ramai yang mencuba, apatah lagi ramai yang sudah menjual cupcakes ini. Di sebabkan itu..maka mama pun bersemangat untuk cuba membuat dan merasai sendiri kesedapan dan keenakan cupcakes yang sungguh popular ini.
Resepi yang mama cuba ni..mama intai dari dapur kak Azlita Aziz, pemilik dapur Masam Manis. Tengok gambar cupcake yang kak azlita buat..memang kecur air liur di buatnya..hihii..
Betul lah apa yang di khabarkan..cupcake ini sangat enak dan lembut jer. Rasanya tak cukup dengan sekali suapan..eheheheee..
Bagi kawan-kawan yang mahu mencuba, adunan ini menghasilkan 8 biji kertas cawan bentuk 4 segi yang macam mama guna ni.
Untuk kak azlita..izinkan mama share resepi yang mabeless ni kt blog mama ye.. ^_^
Hokkaido Chifon Cupcakes
Bahan:
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor
Cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali (mama ayak sekali je..hihiii..)
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik (guna spatula jer..)
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek
Masukkan dalam oven dan bakar selama 20 - 30 minit (ikut oven masing- masing)
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.
Cream Custard
by : Honey
Bahan:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Cara:
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
Selamat mencuba...^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam..mama nak tnye..tepung ape yg mama wat utk cream custard ye...
ReplyDeleteW'slm faizah jaffar..maaf terskip kt situ. Mama guna tepung kastard yer..selamat mencuba
Delete