Assalamualaikum....
Petang yang redup tapi berangin..sungguh mendamaikan. Alhamdulillah..kurniaan Allah.
Pejam celik, pejam celik..dah sampai hari khamis. Kejap je masa berjalan. Sedar tak sedar kita sudah pun masuk bulan februari 2013.
Berbalik pada tajuk N3 kita pada hari ni, sudah lama juga mama tak buat marie lapis cheezy ni. Resepi yang mama buat ni mama campur-campurkan dari resepi-resepi yang ada dalam blog masakan. Jadi terhasil la satu resepi yang ringkas, mudah juga sedap.
Dessert ini memang sangat enak di nikmati semasa sejuk, suapan demi suapan ke dalam mulut bagai tak mahu berhenti...hehee..macam tu punya sedap.
Bagi mereka yang suka cheese..ini adalah satu dessert yang sangat sesuai.
Membuat dessert ini sangat mudah, tak perlu bakar atau kukus, cuma perlu peti ais untuk menyejukkan dessert ini saje.
Marie lapis cheezy ini ada bermacam-macam filling. Ikut selera masing-masing kan..tapi mama lebih suka letak filling sos chocolate sebab lebih terasa enak bila coklat dan cheese diganding bersama.
Ok..mari kita tengok betapa mudah dan ringkas cara membuat dessert ini ye.
Marie Lapis Cheezy
Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat
1 cawan susu segar,dipanaskan
Bahan B
500gm cheese cream (Philadelpia/Tartura)
1/2 cawan gula halus
* pukul cream cheese, masukkan gula dan terus pukul hingga cream cheese kental - ketepikan
Bahan C
100gm Non Dairy Whipping Cream (mama guna jenama RICH, gold label)
*pukul whipping cream hingga kental - ketepikan
Filling:
Rasberry
Sos chocolate
Bahan sos chocolate:
100gm chocolate masakan
100gm whipping cream (mama guna jenama RICH, gold label)
*campurkan ke dua-dua bahan dan masak dengan api sederhana kecil, kacau hingga chocolate larut sepenuhnya - ketepikan
Cara:
- Satukan adunan cream cheese (B) dan adunan whipping cream (C) kaup balik adunan hingga rata
- Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis
- Dalam bekas yang sesuai, letakkan satu lapisan cream cheese
- Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( kejap je ) dan susun atas cream cheese tadi
- letak sos chocolate di atas biskut
- lapiskan semula dengan cream cheese
teruskan melapis berselang seli hingga penuh
- hias dengan rasberry di atasnya
Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras
Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati.. ^_^
Thursday, January 31, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu bekas berapa keping biskuit..nk kena pacah ke
ReplyDeleteSatu bekas berapa keping biskuit..nk kena pacah ke
ReplyDelete