Assalamualaikum....
Pagi ni boleh pulak mama terbangun lewat..hihii..mujur dak kakak (anak sulong mama) kejut mama..kalo tidak..aje lambat lar anak-anak ke sekolah..kikikii..
Mungkin cuaca kat luar tu mendung..sejukk jer..tido pun sodapp. Tapi mama tak la bangun lewat sangat, dak kakak kejut mama pukul 6 pagi tadi. Biasanya mama bangun pukul 5.30 pagi untuk menyiapkan sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah.
Pagi ni, kakak ada bawa kek ke sekolah. Kek tu khas untuk birthday cikgunya dan mereka satu kelas mahu meraikankannya bersama- sama. Teringat pulak zaman sekolah dulu, zaman sekolah la zaman paling best sekali..betul kan?
Hmm..ok sekarang mari kita tengok resepi sandwich sardin yang ala-ala hotel ni..ehehehee...perasan la pulak. Sandwich sardin ni memang sedap dan mudah untuk di sediakan. Walaupun pagi tadi mama bangun lewat 1/2 jam, mama masih boleh menyediakan sandwich ni dengan cepat (syaratnya bahan- bahan mesti la ada ok) hihihii mari kita ke dapur kecil mama untuk sekodeng resepi yang mabelezz ni..^_^
Sandwich Sardin
Bahan:
1 bungkus roti (saiz jumbo)
3 sudu besar mayonis
1 biji tomato – didadu
1 tin sardin saiz sederhana – ditos sosnya
Daun salad secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam atau lada hitam biji - di tumbuk
Cara:
- campur semua bahan kecuali roti ke dalam satu mangkuk, gaul sebati
- letak sikit inti tadi, letak daun salad atas inti, telangkupkan satu keping roti lagi di atasnya.
- potong 3 segi atau memanjang.
- siap..dah boleh di makan
p/s: kalo ada yang suka makan pedas, boleh tambah cili padi yang di cincang halus, gaul sekali dalam inti tadi. Boleh juga tambah 1 slice keju bagi setiap keping roti untuk rasa yang lagi uuummmphh!
Mudahkan..tak sampai 10 minit, dah boleh makan. Sandwich ni juga berkhasiat, sangat sesuai untuk anak-anak memulakan hari mereka ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment