Thursday, January 17, 2013

Roti Lembut gebu

Assalamulaikum....

Sudah lama mama mencari resepi roti yang lembut, mudah nak buat dan sedap di makan. Akhirnya mama terjumpa resepi roti yang di idamkan..hihii
Sebenarnya sebelum ini, mama pernah cuba buat roti, tapi tak menjadi, menyebabkan mama rasa menyerah jer..huhuhuu (menyerah beli kat tesco jer) :(
Tetapi tanpa di sangka- sangka, mama boleh terjumpa blog mas..melihatkan rotinya yg lembut, butterscotchnya yang memang mengancam..pergghhh...sampai termimpi-mimpi..aduhhh...nk kene buat juga ni
Maka keesokkan hari, mama pun terus ke kedai bakery, membeli barang-barang yang diperlukan untuk membuat roti
Mari kita sama-sama cuba buat roti sendiri di rumah ^_^


Roti lembut gebu

Bahan:

500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
Sedikit bijan / cheddar cheese / gula

~ campurkan susu pekat manis + telur + yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan

~ sebiji kuning telur + 1sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat

Cara :

- Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
- Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
- Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam)
- bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
- jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom lar..hihihii ..)
- setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi pizza pulak nanti..keh keh keh..)
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
- setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering.
- Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat doh.
- jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gula

** di bawah ni ada beberapa contoh gambar membuat roti yang mama ambil dari blog kawan-kawan. Izinkan mama share di sini gambarnya supaya mudah untuk mama dan anak-anak buat rujukan. Roti yang pelbagai design ni lebih digemari oleh anak-anak..^_^









22 comments:

  1. thanks..leh belajar nak wat bentuk roti yg pelbagai..seronoknye tengok :)

    ReplyDelete
  2. saya dh cuba buat roti yg bentuk bunga tu. anak2 ambil yg bentuk tu dulu utk mkn... thanks sbb willing to share...:-)

    ReplyDelete
  3. Salam sweetmama..thanks sudi share resepi ni.saya mengimpikan nak buat roti sendiri untuk anak2.boleh tak kongsi oven apa yg sesuai digunakan untuk buat roti dan kek..thanks

    ReplyDelete
  4. cantiknya roti ni... dah lama sy impikan nak buat roti sendiri... tq
    rasa nak try buat terus!

    ReplyDelete
  5. salam kenal.

    saya dh beberapa kali buat roti guna resepi ni Alhamdulilah mmg lembut dan puas hati. bun roti boy pun saya pernah guna resepi ni juga. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Salam kepada semua..terima kasih di atas komen2 yg di berikan. Terima kasih sbb sudi try resepi yg sy kongsikan. Di sebabkan kekangan waktu maka sy terlewat rply semua komen kwn2 semua. Sy hanya membakar menggunakan oven kecil sahaja. Sekadar suka2 memenuhi permintaan anak2. Yg penting hasilnya di gemari...��������������

    ReplyDelete
  7. Cantik roti tu..teringin nak belajar buat roti plak

    ReplyDelete
  8. nk try pagi ni jugak...saya pakai bm..hihihi
    thanks sharing yer..ada masa bleh jenguk blog saya pula..
    ummuque.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Macam best jer.Kena try buat ni..Bila agaknya time rajin nak meroti? hahaha.Terima kasih atas perkongsian ni.Tak cuba,tak tahu..nanti takyah lagi beli roti.Buat sendiri lagi puas hati,lagi sedap.tq

    ReplyDelete
  10. Salam sis klu xde shortening tu jd x rotinye

    ReplyDelete
  11. Salam..sy dh buat banyak kali guna resepi nie..mmg superb..roti lembut je..anak2 pun suka..

    ReplyDelete
  12. Salam..sy dh buat banyak kali guna resepi nie..mmg superb..roti lembut je..anak2 pun suka..

    ReplyDelete
  13. Sedap
    www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. saya juga dah cuba buat dengan resepi ini, memang menjadi dan anak-anak pon suka, terima kasih atas resepinya dan izinkan saya kongsi dalam blog saya ya!

    ReplyDelete
  15. Sudu besar tu mksud sudu makan ke atau sudu pengaut nasi?

    ReplyDelete
  16. Slam,blh sye bertnye dan mntk pnergn skit..yis,telur,susu pekat mnis dan air perlu dicmpurkan skli ke..dan perlu dikacau kee??..atau biarkan sekli jew??

    ReplyDelete