Thursday, January 17, 2013

Butterscotch sos

Assalamualaikum....

Dalam tempoh seminggu ni, mama asyik meroti jer..hihii..almaklum lar..tengah ketagih dok buat roti sendiri. Dari mak mama hingga ke jiran-jiran mama pun ada yang bertanyakan resepi roti ni hihiihii...suka..suka...
Resepi roti telah pun mama share pada kawan-kawan kat luar sana dalam entry yang lepas, jadi kali ni mama nak share resepi butterscotch sos yang memang mabeles sedap tu.
Resepi ini juga mama ambil dari blog mas, tuan empunya resepi roti lembut yang mama sharekan tempoh hari. Resepi ni agak manis sedikit, jadi kepada kawan-kawan yang kurang gemar makan manis, boleh kurangkan kuantiti gulanya ye.
Di sini mama ada sediakan 2 resepi butterscotch sos, bagi diri mama, sos no 2, adalah sos yang terbaik, sedap dan lemak manis.
Mari kita tengok bahan-bahan dan cara membuat butterscotch sos yang mudah dan ofkozzz lar sedapppp... ^_^


Butterscotch sos

Bahan :

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan butter
secubit garam (optional - mama tak letak pun)


Cara :

- Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil, gaul hingga sebati.
- Masak atas api yang kecil hingga gula hancur, tambah esen vanilla dan butter.
- Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat
- Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong, enak juga di makan semasa sos suam-suam..ermmm..nyummmyyy... ^_^

Nota:
Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk, ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air panas.
Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.
Simpan sos ni dalam freeze, dalam seminggu masih ok lagi.


Resepi ke 2 butterscotch sos

Bhn:
150gm butter
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan whipping cream / heavy cream / thick cream
1/2 sudu kecil garam - optional

Cara:

- Ambil butter dan masukkan ke dalam periuk kecil
- Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
Kemudian masukkan gula perang
Masak hingga gula melarut
Selepas itu masukkan garam dan whipping cream / heavy cream / thick cream
Kacau hingga ia licin dan berkilat
Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.



7 comments:

  1. Tq for the recipe....excited nak buat ptg nie...

    ReplyDelete
  2. Betul ke buat butterscotch mcm ni?😂

    ReplyDelete
  3. Resipi ni berapa banyak boleh dapat??

    ReplyDelete
  4. ooo mcm 2 ya buat sos. tq nnt minta izin ya nak guna resepi mama

    ReplyDelete
  5. Terima kasih...tk sabar nk buat...

    ReplyDelete
  6. Izinkan saya guna resepi butterscotch sauce ni ye. Terima kasih

    ReplyDelete